Objektif dan fungsi Perbadanan Putrajaya

Objektif

Objektif Perbadanan Putrajaya adalah :

  1. Objektif Perbadanan adalah untuk membangun, mentadbir dan mengurus kawasan Perbadanan Putrajaya bagi pihak Kerajaan Persekutuan

Fungsi

Fungsi Perbadanan Putrajaya adalah :

  1. Menjalankan segala kuasa kerajaan tempatan di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya
  2. Menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti-aktiviti yang bersifat komersil yang perjalanannya didapati oleh Perbadanan adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya
  3. Mengawalselia, menyelaras dan mengusahakan pembangunan termasuk pembangunan infrastruktur, di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya
  4. Mengawal dan menyelia perlaksanaan aktiviti di kawasan Perbadanan Putrajaya
  5. Bertindak sebagai ejen Kerajaan Persekutuan
  6. Pentadbir tanah Kawasan Perbadanan Putrajaya